(No.Matriks) :
Wafa Tahirah Binti Mohd Noordin
(08DPM14F1009)
Nur Alia Aily Binti Hazizi
(08DPM14F1008)
Intan Zuraini Binti Zulkifli
(08DPM14F1001)
Moo Pei Siang
(08DPM14F1012)
Ezi Emillia Ewani Binti Rozali
(08DPM14F1013)
Ira Narida Binti Napiah
(08DPM14F1014)
Tajuk :
PERANAN ULAMAK ULAMAK ISLAM DALAM PERJUANGAN MENUNTUT
KEMERDEKAAN TANAH MELAYU .
- Tok Janggut
- Mat Kilau
- Tok Kenali
- Datuk Bahaman
- Tok Gajah
Pengajian Perniagaan (DPM1A)
Sesi :
Semester Satu Sesi Jun 2014
Jabatan :
Perdagangan
Nama Pensyarah :
Encik Nasharudin Bin Zainal Abidin
PENGENALAN
Rakyat negara ini sanggup berjuang dan berkorban nyawa untuk membebaskan tanah air. Walaupun negeri Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan pernah dinaungi, Siam sentiasa melancarkan serangan untuk kebebasan mereka. Kesultanan Melaka pula kerap melancarkan serangan ke atas Portugis di Melaka untuk merampas semula hak mereka. Kerajaan Johor sejak dari abad ke-17 sering berperang dengan Belanda atas faktor yang sama. Perjuangan untuk mencapai kemerdekaan ini lahir dalam beberapa peringkat dan keadaan. Peringkat terawal berupa penentangan bersenjata dan melibatkan pertumpahan darah.
Secara keseluruhannya, pada peringkat awal penentangan yang di cetuskan oleh masyarakan tempatan berjaya dipatahkan oleh kerajaan British. Namun, penentangan ini menunjukkan lahirnya semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat tempatan untuk menuntut kemerdekaan. Terdapat juga beberapa orang ulamak-ulamak Islam yang berperanan dalam memperjuang menuntut kemerdekaan di tanah melayu antaranya adalah Tok Janggut, Mat Kilau, Tok Kenali, Datuk Bahaman dan Tok Gajah.
1) TOK JANGGUT
Tok
Janggut Pejuang Jihad
LATAR BELAKANG :-
NAMA SEBENAR : Haji Mat Hassan Bin Munas
BERASAL : Pasir Puteh, Kelantan
LAHIR : Tahun 1853
KEMAHIRAN : Mahir dalam ilmu persilatan
BERASAL : Pasir Puteh, Kelantan
LAHIR : Tahun 1853
KEMAHIRAN : Mahir dalam ilmu persilatan
PERANAN TOK JANGGUT :-
Tok Janggut menentang peraturan tanah
Pengenalan cukai yang membebankan penduduk
Tok Janggut menentang peraturan tanah
- British memperkenalkan peraturan tanah yang mewajibkan petani membayar cukai tanah pada tahun 1915
Pengenalan cukai yang membebankan penduduk
- British mewajibkan penduduk membayar pelbagai jenis cukai seperti cukai pokok kelapa berbuah, cukai pokok pisang, cukai sirih, cukai kerbau dan sebagainya.
- Pengenalan cukai-cukai tersebut membebankankan penduduk tempatan.
- Semasa Perang Dunia Pertama, Britain telah menyerang kerajaan Turki Uthmaniyah pada tahun 1914.
- Serangan tersebut membangkitkan sentimen Anti-British apabila kerajaan Turki Uthmaniyah menyeru umat Islam diseluruh dunia berjihad menentang penjajah baru.
- Penduduk tempatan sukar membayar cukai kerana pejabat bayaran cukai terletak jauh di bandar.
- Mereka yang gagal membayar cukai akan ditangkap dan didenda.
- British mengeluarkan arahan untuk menangkap Tok Janggut setelah beberapa kali beliau gagal membayar cukai.
Rentetan Peristiwa Penentangan Tok
Janggut
TARIKH
|
PERISTIWA
|
28/4/1915
|
·
Encik
Abdul Latif, Pegawai Daerah Pasir Puteh mengarahkan Sarjan Che Wan untuk
menangkap Tok Janggut kerana gagal memebayar cukai
·
Perbalahan
berlaku menyebabkan Tok Janggut menikam Sarjan Che Wan.
|
29/4/1915
|
·
Tok Janggut, Engku Besar Jeram, Penghulu
Adam dan Che Sahak Merbol menyerangkan Pasir Puteh.
·
Mereka
menawan balai polis Pasir Puteh dan mengisytiharkan Pasir Puteh bebas
daripada pemerintahan British.
·
Mereka
mengisytiharkan Engku Besar Jeram, Tuan Ahmad sebagai Raja Pasir Puteh dan
Tok Janggut sebagai Perdana Menteri.
|
9/5/1915
|
·
British
menawarkan hadiah 500 dolar kepada mereka yang Berjaya menangkap Tok Janggut
serta pemimpin kanannya.
|
23/5/1915
|
·
British
membakar rumah Tok Janggut dan pengikutmya kerana enggan menyerah diri.
·
Tok
Janggut kembali menyerang Pasir Puteh.
|
24/5/1915
|
·
British
menyerang kubu Tok Janggut di Kampung Dalam Pupuh,Saring.
·
Beliau
telah terkorban dalam serangan tersebut.
·
Mayatnya
diarak ke seluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung di Padang Balai Besar,
Kota Bahru dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas sebagai amaran
kepada masyarakat tempatan yang berani menentang British.
|
MAT KILAU PEJUANG PAHANG
LATAR BELAKANG MAT KILAU :-
- Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau
- Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut, Burau.
- Mat Kilau dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kg. Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut Pahang.
- Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.
Pahlawan terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang
menentang penjajah di negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama
menyemarakkan semangat perjuangan bagi menebus maruah bangsa dan agama di
negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.
Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu
adalah anak kepada orang besar Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai
Tok Gajah . Sekitar 1890-an, berlaku pemberontakan rakyat di Pahang yang marah
dengan tindakan British mengambil alih tugas memungut cukai dan hasil daripada
pembesar negeri yang dilantik. Antara yang menerima akibat daripada campur
tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu Tok Gajah dan
Dato’ Bahaman .
Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di
kalangan pembesar negeri hingga mengakibatkan mereka diburu British kerana
menentang penjajah. Rentetan daripada peristiwa itu, British mengisytiharkan
perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan mengarahkan mereka ditangkap serta
dihukum.
Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain
berjaya melarikan diri dan menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan
di negeri jiran iaitu Kelantan dan Terengganu. Perjuangan Mat Kilau mendapat
sokongan padu daripada dua tokoh ternama kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal
Terengganu, Tok ku Paloh dan Abdul Rahman Limbong serta Tok Janggut di Kelantan
Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat
Kilau yang agak mahir dengan ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan
Kelantan melalui beberapa laluan khusus yang hingga ke hari ini laluannya masih
tetap digunakan khususnya pencari gaharu. Dipercayai, terdapat tiga laluan yang
digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan Kelantan bagi mendapatkan sokongan
penduduk di kedua-dua negeri itu.
KEMUNCULAN MAT KILAU :-
- Alkisah, maka pada tanggal 27 hb.
Disember 1969, Mat Din telah dibawa oleh anak-anak
cucunya ke Masjid Kampung Pulau Tawar dan pada hari
Jumaat itu juga, orang ramai sungguh terkejut apabila mengetahui orang tua
yang bernama Mat Din itu adalah Mat Kilau bekas Pahlawan Melayu Pahang
yang cukup terkenal menentang penjajahan Inggeris dulu.
- Susulan daripada itu, atas perkenan Sultan Pahang
sebuah Jawatankuas Penyiasat telah ditubuhkan yang
diketuai oleh Dato’ Abdul Aziz Ahmad telah menjalankan
tugas untuk menyiasat perkara tersebut iaiutu pada 6 hb. Ogos 1970.
Hasil siasatan yang dibuat , maka Menteri Besar Pahang ketika
itu, Tan Sri Haji Yahya Mohd Seth telah mengisytiharkan
kesahihan Mat Din adalah sebenarnya Mat Kilau , yang pada ketika
itu telah berusia 123 tahun.
- Beliau dilahirkan di Kg.Kendondong Pulau
Tawar, pada usia 12 tahun beliau telah dihantar oleh
bapanya Imam Rasu ke Trengganu untuk belajar sekolah pondok.
Sesudah tamat belajar, Mat Kilau kembali ke Pulau Tawar dan
Sultan Pahang berkenan menganugerahi daerah Budu untuk
ditadbir oleh beliau..
- Apabila Dato’ Bahaman menentang
penjajahan Inggeris pada tahun 1891, Mat Kilau telah membantu
dan menyebelahinya. Beberapa tahun kemudian Mat Kilau terpaksa
meninggalkan Pahang kerana serangan bertubi-tubi dari pihak Inggeris dan
tali barut mereka yang telah mengkhianati pahlawan-pahlawan Melayu Pahang
.
3) TOK KENALI
TOK KENALI ULAMAK TERSOHOR
LATAR BELAKANG :-
NAMA SEBENAR: MUHAMMAD YUSUF BIN
AHMAD
NAMA GELARAN : TOK KENALI
LAHIR: SEKITAR 1868 M
WAFAT: 19 NOVEMBER 1933
Muhammad Yusuf bin Ahmad atau lebih
dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933) ialah seorang tokoh ‘Ulama’ Ulung ,
guru agama Islam yang agung, tokoh pembangunan pemikiran umat Islam di dunia dan
pencetus ilmu pengajian Islam di Malaysia dan Asia Tenggara khususnya di awal
abad ke-20. Beliau seorang Alim Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan
kitab Suci Al-Quran disamping Sunnah Nabi SAW. Beliau disebut juga sebagai seorang yang memilih hidup sederhana dan
juga seorang wali keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni
(Ilmu Kurniaan Ilahi tanpa belajar).
PERANAN TOK
KENALI:-
- Mengikut perkembangan sejarah, Tok Kenali adalah merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di dunia sebelah sini menerusi pengajaran kepada murid-murid yang bertebar pada beberapa tempat di Alam Melayu, juga melalui fikiran-fikirannya yang membina menerusi majalah “Pengasuh”, keluaran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu kelantan dan majalah “Al-Hikmah” sebuah majalah pengatahuan yang antara lain yang sedang bersemarak di masa ini.
- Pada tahun 1909M (1327 H) iaitu sesudah menjalani pengajian selama 22 tahun di tanah suci mekah, maka Tok Kenali pun pulang ke tanah air iaitu ke Kelantan seterusnya pada tahun 1911M (1329M) beliau mula membuka pondok Kenali, sebuah tempat pengajian yang kemudiannya menjadi pusat pengajian agama di semenanjung ini. Dua tahun kemudian , beliau menjadi guru di masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu yang waktu itu menjadi pusat pengetahuan agama terbesar di kelantan, malahan juga dikenali di Semenanjung sebagai Serambi Mekkah.
- Selain itu beliau telah ditugaskan oleh pihak majlis Agama Islam kelantan untuk menterjemahkan Tafsir Al-Khazin yang bertajuk “Lubaab at-Ta,wiil fil Ma’aani At-Tanzil” ke dalam bahasa melayu. Tugas berat ini telah dijalankan oleh beliau dan sebahagian daripada tafsir Al-khazin telahpun siap diterjemahkan. Sayangnya, naskah ini tidak dapat dikesan sehingga sekarang.
- Dalam kegiatan kemasyarakatan pula , beliau telah melancarkan suatu getakan perhimpunan umat islam yang di namakan ‘Jam ,iyyatul Asriyyah] ‘[Perhimpunan semasa] yang kerap membicangkan perkara-perkara hangat dalam masyarakat [Politik] , pebincangan=perbincangan ilmu dan perhimpunan kerana ibadat. Sebagai megekal gerakan tersebut ,maka satu bangunan telah didirikan di tengah-tengah ibu kota dengan nama yang sama, terletak di Jalan Tengku Petra Semarak , Kota Bharu.
- Sewaktu melancarkan pengajaran-pengajarannya, Tok Kenali di dapati agak gemar sekali membincangkan hal-hal politik tanah air. Semasa hayatnya Tok Kenali tidak memisahkan politik daripada bidang pelajaran, malah beliau tidak mengenal pemisahan antara. Agama islam yang difahami dengan politik. Ini adalah merupakan suatu cara menyesuaikan pengajarannya dengan masalah-masalah yang dihadapi masyarakat dengan alam keliling. Kerana itu dalam pengajarannya beliau mengemukakan beberapa anjuran melalui cerita-cerita tauladan yang berkesan.
- Tok Kenali juga telah menubuhkan MAIK yang berperanan besar melahirkan generasi pejuang melalui sekolah MAIK atau lebih dikenali sebagai Maahad Muhammadi menjadikan pendidikan Islam berkembang dengan baik sekali.
- Beliau turut memperkenalkan tradisi karyawan bagi menyedarkan masyarakat dengan berperanan sebagai ketua pengarang pertama bagi majalah Pengasuh terbitan MAIK. Membina jati diri tempatan melalui pentadbiran dan pendidikan Islam sebagaimana yang diusahakan oleh Tok Kenali boleh dilihat sebagai satu bentuk ‘penentangan’ terhadap pengaruh penjajahan.
4) DATO BAHAMAN
LATAR BELAKANG :-
LATAR BELAKANG :-
Abdul
Rahman bin Tunku Imam Nuh, lebih dikenali sebagai Dato’ Bahaman ialah Orang
Besar yang menentang penjajah British di Semantan, kawasannya di negeri Pahang,
Tanah Melayu
Dato’
Bahaman ialah anak kepada Tuanku Iman Nuh iaitu bapanya yang berasal dari
Bangkinang. dan ibunya Rokiah Abdul Rahman , anak perempuan Tok Setia Perkasa
Semantan yang berketurunan Bugis dari Sulawesi Selatan. Dato’ Bahaman seorang
yang pandai bersilat dan mempuyai ilmu kebal, kelebihan ini telah menyebabkan
Dato’ Bahaman di gelarkan ‘Seman Tahan’ oleh penduduk di sekitar kawasan itu
sehingga sungai yang tidak bernama ketika itu di beri nama Sungai Seman Tahan
dan seterusnya menjadi tempat persinggahan British.
PERANAN DATO' BAHAMAN :-
Di
Pahang ,pada tahun 1888, beberapa orang pembesar telah bersatu melawan penguasaan British. Apabila J.P.Rodgers dilantik sebagai Residen Pahang
yang pertama, Dato Bahaman telah menolak
pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan sistem
politik tempatan seperti sistem kehakiman, pemungutan hasil tanah, sistem cukai
dan penubuhan pasukan polis luar. Ini adalah kerana undang-undang tersebut
telah menghakis kuasa Dato Bahaman sebagai Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan
Semantan.
Dato
Bahaman dan rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan Iman Rasul telah bersatu menentang
British selama lima tahun. Siri penentangan Dato Bahaman dapat dilihat dalam
jadual berikut :-
Siri Penentangan Dato
Bahaman
Tahun
|
Peristiwa
|
1890
|
-Menentang
pembinaan Balai Polis Lubuk Terua ,kawasan pengaruhnya.
|
1891
|
-Menyerang British
kerana menangkap anak buahnya.
|
1892
|
-Menyerang dan menawan
semula Lubuk Terua
|
1894
|
-Menyerang dan menguasai
Kuala Tembeling dan Jeram Ampai.
|
1895
|
-Akibat tekanan British
,Dato Bahaman berundur ke Kelantan.
|
Dato
Bahaman dan rakan-rakan mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar
Terengganu dan Kelantan. Dato Bahaman menetap di Hulu Kelantan manakala Tok
Gajah dan keluarganya menentap di Hulu Terengganu. Pada tahun 1896, Dato
Bahaman berpindah ke Bangkok dan diberikan perlindungan politik oleh Raja
Chulalongkorn. Beliau menetap di Chieng Mai dan diberikan wang sara hidup
sebanyak 1000 baht dan meninggal dunia di sana.
5) TOK GAJAH
LATAR BELAKANG :-
Imam Rasu Bin Shahrum atau juga di kenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu Abdul Salam dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Beliau merupakan Orang Kaya yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Lindung dan juga Lembahan Sunagi Bidu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang.
PERANAN TOK GAJAH :-
Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 di negeri Pahang, telah berlaku pemberontakan yang diketuai oleh Dato Bahaman terhadap pemerintah Inggeris. Tok Gajah juga melibatkan diri dalam pemberontakan menentang penjajah Inggeris itu bersama-sama dengan anaknya Mat Kilau dan Datuk Lela. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasan-kawasan hilir sungai dari Pulau Tawar.
Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata. Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisihan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad dan juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.
LATAR BELAKANG :-
Imam Rasu Bin Shahrum atau juga di kenali sebagai Tok Gajah, Khatib Rasu Abdul Salam dan Imam Perang Rasu ialah Orang Besar Raja Pahang dengan gelarannya ialah Orang Kaya Indera Gajah Pahang. Beliau juga merupakan penasihat Sultan Ahmad Muazzam Shah, Sultan Pahang dalam segala hal yang berkaitan dengan hulu Pahang, iaitu kawasan-kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar. Beliau merupakan Orang Kaya yang berkuasa dari kawasan Batu Redap sampai ke Kuala Piul, kawasan dari Tanjung Lindung dan juga Lembahan Sunagi Bidu di Lipis. Kedudukan beliau setaraf dengan Orang Besar Empat di Pahang.
PERANAN TOK GAJAH :-
Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 di negeri Pahang, telah berlaku pemberontakan yang diketuai oleh Dato Bahaman terhadap pemerintah Inggeris. Tok Gajah juga melibatkan diri dalam pemberontakan menentang penjajah Inggeris itu bersama-sama dengan anaknya Mat Kilau dan Datuk Lela. Tok Gajah mempunyai pengaruh yang luas dan sangat dihormati serta ditakuti oleh orang-orang Inggeris. Beliau merupakan penasihat utama Sultan dalam segala hal yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu hal-hal yang berhubung dengan kawasan-kawasan hilir sungai dari Pulau Tawar.
Beliau mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata. Beliau juga bersama dengan Wan Lingga telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan perselisihan faham antara Maharaja Perba dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan ke Singapura bagi mendapatkan khidmat peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad dan juga menjadi ketua pasukan perang Sultan Ahmad dalam menentang penjajah Inggeris.
RUMUSAN
Adalah penting untuk memahami dan menghayati tentang kewujudan Kerajaan-Kerajaan Melayu di tanah air suatu ketika dahulu. Pemahaman ini dapat melahirkan kesedaran tentang wujudnya satu ketamadunan Melayu yang tinggi pada zaman dahulu. Misalnya, peranan ulamak-ulamak islam dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu yang telah kami bincagkan secara berkumpulan seperti di atas.
Dengan pemahaman itu, maka dapatlah generasi kemudiannya menghayati dan menghargai sejarah negara dan seterusnya mengukuhkan jati diri terhadap tanah air. Namun, kekayaan ekonomi serta kemajuan ketertinggian tamadun adalah antara faktor yang mempengaruhi kuasa asing untuk menjelajah dan menduduki negara kita. Walaupun pendudukan kuasa asing merupakan suatu pengalaman pahit dalam sejarah negara, namun kesan pendudukan tersebut jugalah yang telah membuka ruang kepada negara dan rakyat ke arah pembentukan dan pengukuhan negara dari segi politik, ekonomi dan sosial. Fenomena ini juga yang menjadikan tamadun Malaysia padat dengan gabungan asimilasi dan sinkritisme pelbagai budaya yang membentuk kepada budaya Malaysia yang unggul.
RUJUKAN
1) Buku teks tingkatan 5 (m/s 41-42), Terbitan Dewan Bahasa Pustaka Kuala Lumpur 2003
2) Logman Siri Teks Referens Sejarah SPM (m/s 59-60), Terbitan Pearson Malaysia Sdn.Bhd
3) Pengajian Malaysia Edisi Kelima (m/s 56-72), Terbitan Oxford Fajar Sdn.Bhd 2014
4) Akhbar Media Terkini 10/09/2002
5) http://tokoh-sejarah-malaysia.blogspot.com/
6) http://mindaahad.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment